TRANSAKSI MUDAH | |

Gambaran Keseluruhan Forex

Apakah Pertukaran Mata Wang Asing?

Pertukaran Mata Wang Asing, biasanya dikenali sebagai 'Forex' atau 'FX', ialah pertukaran satu mata wang kepada yang lain apada harga pertukaran yang dipersetujui di pasaran atas kaunter. Semua forex disebut dalam terma satu mata wang melawan yang lain. Setiap pasangan mata wang mempunya mata wang 'dasar' dan mata wang 'balas'. Mata wang dasar adalah mata wang di sebelah kiri pasangan mata wang dan mata wang balas adalah yang berada di sebelah kanan. Sebagai contoh, dalam EUR/USD, EUR adalah mata wang 'dasar' dan USD adalah mata wang 'balas'. Forex merupakan pasaran kewangan terbesar dunia, dengan jumlah purata sebanyak US$ 4 trilion sehari. Bandingkan ini dengan Pertukaran Saham New York yang mana mempunyai pusing ganti US$ 50 bilion. Mudah untuk melihat mengapa pasaran forex di seluruh dunia adalah pasaran kewangan terbesar di dunia.

Mata wang yang biasa didagangkan di dalam pasaran FX

Simbol Mata wang
USD Dolar Amerika Syarikat
EUR Euro (EUR/USD)
JPY Yen Jepun (USD/JPY)
GBP Pound atau Sterling British (GBP/USD, atau STG/USD)
CHF Swiss Franc (USD/CHF)
CAD Dolar Kanada (USD/CAD)
AUD Dolar Australia (AUD/USD)
NZD Dolar New Zealand (NZD/USD)

Bagaimana pasaran Forex beroperasi?

Tidak seperti pasaran kewangan lain seperti Pertukaran Saham New York, pasaran forex tidak mempunya lokasi fizikal dan pusat pertukaran. Pasaran forex dianggap sebagai Atas Kaunter, atau pasaran antara bank kerana seluruh pasaran bergerak secara elektronik dalam rangkaian bank, secara terus-menerus dalam tempoh 24 jam, didagangkan secara global oleh ramai orang dan organisasi. Pada hari Ahad 5:00 pm EST, perdagangan bermula apabila pasaran dibuka di Sydney. Pada pukul 7:00 pm EST, pasaran Tokto dibuka, diikuti oleh London pada pukul 3:00 am EST. Akhir sekali, New York dibuka pada pukul 8:00 am EST dan ditutup pada pukul 4:00 pm EST. Sebelum perdagangan New York ditutup, pasaran Sydney dibuka semula - ia adalah pasaran tanpa gangguan selama 24jam!

Apakah Penentuan Harga FX?

Pasaran dan harga FX dipengaruhi terutamanya oleh perdagangan antarabangsa dan aliran pelaburan. Sehingga satu tahap, harga FX juga dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan politik, seperti kadar faedah, inflasi, dan ketidakstabilan politik (faktor sama yang mempengaruhi pasaran ekuiti dan bon). Ini bermakna yang harga mata wang sentiasa berubah-ubah nilainya terhadap satu sama lain, menawarkan peluang dagangan berganda.

Apakah yang menjadikan FX menarik?

Keadaan ekonomi dan politik biasanya hanya mempunyai kesan jangka pendek yang menjadikan FX menarik kerana ia menawarkan beberapa kepelbagaian yang penting bagi melindunginya daripada pergerakan buruk dalam pasaran ekuiti dan bon.

Bagaimana cara hendak melakukan dagangan Forex?

Apabila berdagang harga forex, anda akan membeli sepasang mata wang jika anda percaya yang mata wang dasarnya akan mengukuh berbanding mata wang balasnya. Secara alternatifnya, anda akan menjual pasangan mata wang yang jika anda percaya bahawa mata wang dasarnya akan melemah dalam nilai berbanding mata wang balasnya.

Perdagangan Forex membolehkan anda membuat spekulasi ke atas pergerakan harga di dalam pasaran mata wang global. Nilai mata wang meningkat dan menurun berhubung dengan satu sama lain dan sebagai respons kepada peristiwa ekonomi, kewangan dan politik nasional dan antarabangsa. Tiada perbezaan dalam potensi untung atau rugi jika satu mata wang naik atau turun berkaitan dengan rakan kongsi perdagangannya jadi anda boleh menjual mata wang tersebut sebagaimana anda boleh membelinya.

Mata wang pertama dalam sebarang pasangan, sebagai contoh EUR/USD atau USD/CHF adalah mata wang dasar. Dagangan dan kedudukan dikira dalam mata wang tersebut. Bagi EUR/USD, dagangan dilakukan dalam euro tapi untuk USD/CHF, dagangan dijalankan dalam dolar US.

Forex adalah produk leveraj yang membolehkan anda berdagang dengan membayar sebahagian kecil ekuiti yang diperlukan untuk membiayai dagangan. Ini bermaksud yang anda berpotensi untuk membesarkan pulangan ke atas pelaburan. Walaupun begitu, ingatlah bahawa leveraj yang semakin tinggi boleh menyebabkan anda mengalami kerugian melebihi deposit permulaan anda.

Bermula dengan FX

Apakah Bida, Minta, dan Spread?

Semua harga FX, atau sebutharga, termasuk 'Bida' dan 'Minta' adalah serupa dengan produk kewangan yang lain. Bida ialah harga di mana anda boleh menjual mata wang. Minta ialah harga di mana anda boleh membeli mata wang. Perbezaan di antara BIDA/MINTA pasangan mata wang disebut sebagai 'spread'. Contohnya adalah EUR/USD yang diniagakan pada 1.41800/1.41808 (dalam hal ini spread adalah 0.8 pip atau 0.00008). Pengecualian bagi perkara ini adalah pasangan JPY yang mana disebut sehingga kepada 2 tempat perpuluhan. Harga USD/JPY pada 76.41/76.44 dipamerkan sebagai 'spread' 3 pip.

Bagaimana cara mengira Mata atau 'pip'?

Pip adalah singkatan untuk Percentage in Points. Kebanyakan pasangan mata wang kami disebut sehingga 5 tempat perpuluhan dengan perubahan dari tempat perpuluhan keempat (0.0001) pada harga biasanya dirujuk sebagai 'pip'. Sebagai contoh, jika harga pasangan forex EUR/USD dipindahkah dari 1.41800 kepada 1.41920. ia dikatakan telah meningkat sebanyak 12 'pip' (92-80=12). Pengecualian bagi ini adalah pasangan JPY yang mana disebut sehingga 2 tempat perpuluhan (0.01).

Bagaimana hendak meramal pergerakan pasaran FX?

Berkenaan dengan meramal pergerakan pasaran FX, pedagang biasanya dibahagikan kepada 2 kem iaitu analisis teknikal dan analisis asas. Pedagang yang menggunakan analisis teknikal menggunakan carta, garis trend, tahap sokongan / tentangan, model matematik untuk mengenalpasti peluang dan untuk membuat keputusan perdagangan. Pedagang yang menggunakan analisis asas menganalisa kecenderungan penunjuk ekonomi dan faktor pasaran, seperti kadar pertumbuhan GDP, kadar inflasi, kadar faedah dan seterusnya.

Kos

Swap

Oleh kerana ini adalah kontrak leveraj, anda dipinjamkan wang untuk membuka kedudukan anda, di luar deposit permulaan yang anda sudah bayar. Jika anda hendak memegang kedudukan anda semalaman, anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk menampung kos wang yang anda telah pinjam. Sila lawati halaman Pendanaan Semalaman di bawah tab Perdagangan untuk maklumat lanjut.

Komisen

Kami mengenakan komisen serendah USD 5 bagi setiap kontrak yang didagangkan.

Contoh:

Komisen pada kedudukan Forex dicaj dalam USD. Kami akan mengira komisen anda berdasarkan kepada jumlah nilai dagangan anda dalam USD menggunakan kadar pertukaran semasa.

Contoh 1:
Anda meniagakan kontrak 6 EUR/USD dengan komisen USD 5 untuk setiap kontrak standard. Oleh kerana akaun anda sudah dinamakan dalam USD, caj komisen anda adalah:

USD 5/kontrak * 6 kontrak = USD 30

Contoh 2:
Anda meniagakan 2 kontrak mini EUR/USD. Anda perlu ingat bahawa untuk kontrak mini, komisen yang dikenakan adalah USD 5/10 = USD 0.5 bagi setiap kontrak mini. Oleh kerana akaun anda sudah dinamakan dalam USD, komisen yang dikenakan kepada anda adalah:
USD 0.5 * 2 kontrak mini = USD 1

Contoh Perdagangan FX

Dengan meniagakan sebarang bentuk forex, anda sedang berdagang berdasarkan kepada perbezaan harga beli dan harga jual anda. Dalam perdagangan forex, ia berfungsi dalam cara yang serupa. Anda mengambil kesempatan daripada pergerakan satu mata wang terhadap mata wang yang lain dalam pasangan mata wang, membolehkan anda memperoleh keuntungan jika anda meramalkan dengan betul pergerakan pasangan dan kerugian jika anda tidak meramalnya dengan betul.

Di bawah adalah beberapa contoh mendalam yang menunjukkan bagaimana perdagangan forex berlaku:

Meniagakan forex EUR/USD
EUR/USD diniagakan pada 1.20295, dengan harga Bida 1.20289 dan harga Minta 1.20301, yang memberikan anda spread sebanyak 1.2 pip. Anda fikir yang Euro akan memperoleh nilai terhadap US dolar, jadi anda membuat keputusan untuk membeli kontrak EUR/USD pada harga Minta pasaran 1.20301.

Saiz kontrak forex diukur di dalam kontrak, dengan setiap kontrak bersamaan dengan satu lot mata wang dasar dalam pasangan. Dalam hal ini, membeli 1 kontrak EUR/USD adalah sama dengan meniagakan EUR 100,000 untuk USD 120,301. Anda memutuskan untuk membeli 5 kontrak lalu memberikan anda jumlah saiz kedudukan sebanyak USD 601,505. Ini bermakna yang anda akan memperoleh USD 50 bagi setiap pergerakan pip.

Untuk mengetahui nilai satu pip dalam pergerakan, anda perlu mendarabkan nilai satu pipi dengan jumlah kontrak.

Forex ialah produk leveraj, jadi anda tak perlu membayar nilai penuh kedudukan. EUR/USD mempunyai faktor margin minimum 1%, jadi anda hanya perlu menguntukkan USD 601,505 * 1% = USD 6,015.05.

Jika ramalan anda betul
Euro naik berbanding dolar US, dan EUR/USD sekarang diniagakan pada 1.20325, dengan harga Bida 1.20319 dan harga Minta 1.20331. Oleh kerana anda telah membeli dan sedang melihat untuk membeli untuk menutup, anda akan perlu melihat harga Bida. Oleh itu, keuntungan anda sekarang (1.20319 - 1.20301) * nilai per pip = 1.8 pip * USD 50 = USD 90.

Ingatlah yang semasa anda berdagang FX, anda perlu memfaktorkan dalam bayaran komisen. Dengan mengandaikan komisen minimum sebanyak USD 5 per kontrak, dagangan anda untuk buka dan tutup adalah USD 5 * 5 kontrak = USD 25. Jika anda menutup dagangan anda, keuntungan akhir anda akan menjadi: USD 90 – USD 25 = USD 65.

Jika ramalan anda salah
Euro jatuh berbanding US dolar, dan EUR/USD sekarang diniagakan pada 1.20187, dengan harga Bida 1.20181 dan harga Minta 1.20193. Oleh kerana anda telah membeli, dan sedang melihat-lihat untuk menjual untuk menutup, anda perlu melihat kepada harga Bida. Jadi, kerugian anda sekarang (1.20181 - 1.20301) * nilai per pip = 12 pip * USD 50 = USD 600.

Sila ingat bahawa semasa anda berdagang FX, anda perlu memfaktorkan bayaran komisennya. Dengan mengandaikan komisen USD 5 per kontrak, jumlah kerugian anda adalah: USD 600 + USD 25 = USD 625

Mula Melabur dengan Samtrade FX sekarang

Buka Akaun Secara Langsung Buka Akaun Demo